Sunday, July 13, 2008

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB (KIBA 2008)

PENGENALAN

Bahasa Arab telah menjadi salah satu matapelajaran yang dipelajari oleh setiap pelajar di setiap sekolah bantuan penuh kerajaan.Oleh yang demikian,sebuah kursus intensif bahasa arab yang dinamakan Kursus Intensif Bahasa Arab 2008 (KIBA 2008) dianjurkan bagi membantu para pelajar menguasai tatabahasa dan morfologi asas yang menjadi landasan utama untuk mendalami bahasa arab dengan lebih praktikal.Kursus ini akan dikendalikan oleh lepasan Universiti Al Azhar Kaherah,Republik Arab Mesir dan memilki Ijazah sarjana muda dari Universiti Berkenaan.

MENGAPA PERLU MENYERTAI KIBA 2008?

Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya tersendiri.Harus diingat bahawa tatabahasa Bahasa Arab begitu kompleks dan sesiapa yang hendak mengusai bahasa ini tidak boleh hanya menumpukan teknik perbualan dan komunikasi walaupun tidak dinafikan perbualan dan komunikasi merupakan salah satu proses dalam menguasai bahasa.

Perkara utama yang akan dibentangkan melalui KIBA 2008 ini ialah tatabahasa dan morfologi asas dengan beberapa teknik mudah untuk menguasainya akan didedahkan.Pengalaman pembentang semasa diperingkat awal pembelajaran bahasa ini akan dikongsi bersama para peserta.

Beberapa Modul akan dibentangkan dan ianya disediakan sendiri oleh pembentang.Percayalah, setelah tamat sesi kursus ini,peserta akan mendapat manfaat yang besar dan mempuyai asas tatabahasa dan morfologi.

TEMPOH KURSUS

Kursus ini akan diadakan selama 10 jam secara berkala.Diadakan pada hujung minggu (sabtu dan ahad) sahaja.setiap sesi memakan masa hanya sejam bagi mengelakkan masalah bosan.

Jadual kursus seperti berikut :

1) Bulan Julai

26 dan 27 Julai 2008 sahaja

2) Bulan Ogos

2,3,9,10,16,17,23 dan 24 Ogos 2008

*PENYERTAAN INI DIBUKA DARI 14 JULAI HINGGA 24 JULAI 2008.
*TEMPAT TERHAD


LOKASI TEMPAT KURSUS

Bilik kursus kondusif,berhawa dingin beralamat seperti berikut :

no. 5,
Jalan Timah Sari,
Kampung Kenangan Dato Onn,
83000 Batu Pahat,
Johor.

SYARAT MENYERTAI KURSUS

Terbuka kepada pelajar yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun (darjah empat hingga tingkatan lima),Bersedia meluangkan masa dan berjaya mendaftarkan diri selewat-lewatnya pada 24 Julai 2008.

BAYARAN KURSUS

Sejam = RM 8

Sepuluh Jam = RM 80

*Bayaran pendahuluan sebanyak RM 10
*Bayaran penuh boleh dibuat pada sesi akhir kursus iaitu pada 24 Ogos 2008

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PENDAFTARAN

Dapatkan borang penyertaan di alamat berikut :

No.5
Jalan Timah sari
Kampung Kenangan Dato Onn
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

ATAU

Hantarkan maklumat seperti berikut :

1) Nama Pelajar

2) Nama Ibu/Bapa/Penjaga

3) Alamat

4) Nombor Telefon

kepada:

- email ke alamat mohdfaizal81@yahoo.com

ATAU

- SMS : 019 6344770

ATAU

Telefon terus

o19 6344770 - Ustaz Faizal








No comments: